Monday, 4 March 2013

Negeri 5 Menara Bab 5: Man Jadda Wajada

"Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"

Man Jadda Wajada bermakna 'siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya'. dalam bahasa Arab. Itu ialah pelajaran pertama di PM untuk Alif. Selepas itu Alif dan kawan-kawannya pergi ke kelas mereka, 1A. Di situ Alif bertemu dengan seorang bernama Atang. Semua pelajar di dalam kelas itu mesti memperkenalkan mereka di hadapan kelas.

Negeri 5 Menara Bab 4: Kampung di Atas Kabut

Ayahku pulang sehari selepas pengumuman. Meninggalkan aku sendiri di tengah keramaian ini.

Alif bertemu dua orang bernama Raja dan Dulmajid dari Madura. Di PM, mereka ditunjuk oleh Ismail di PM. Di situ Alif juga mengetahui bahawa merka ada ujian untuk masuk PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi empat ratus yang akan diterima. Alif diberikan dua hari untuk belajar untuk ujian itu. Untungnya, Alif telah diterima untuk pergi ke PM.

Negeri 5 Menara Bab 3: Rapat Tikus

Lembar petualangan hidupku baru sahaja dibuka
Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas untuk pergi ke Pondok Madani (PM) selepas menerima surat daripada Pakcik Gindo bahawa waktu pendaftaran PM akan ditutup empat hari. Merekan akan menaiki bas itu selama tiga hari dan tiga malam. Di situ mereka bertemu Pak Sutan. Dia memberitahu mereka bahawa di Pondok Madani ada beberapa pelajar yang nakal. Alif berasa agak sedih selepas mendengar itu. Selepas itu mereka menaiki sebuah feri sebelum menaiki sebuah bas. Kemudian, mereka berada di Pondok Madani.

Thursday, 28 February 2013

Negeri 5 Menara Bab 2: Keputusan Setengah Hati

Bahkan sesungguhnya aku sendiri belum yakin betul dengan keputusan ini. Ini keputusan setengah hati.
Alif hendak mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Atas (SMA) yang terbaik di Bukittinggi. Dia juga sudah berjanji dengan kawan rapatnya, Randai, untuk sama-sama pergi mendaftar ke SMA. Tetapi, ibunya mahu Alif untuk pergi ke sekolah agama kerana dia mahu anaknya untuk menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Alif berasa sangat terperanjat mendengar itu.  Tetapi, dia mahu pergi ke SMA dan menjadi seperti Habibie dan tidak berbakat dengan ilmu agama. Ibu dan bapanya berbual tentang ini. Akhirnya, Alif mesti pergi ke sekolah agama.

Saya rasa kasihan kepada Alif kerana dia tidak akan menjadi jurutera atau ahli ekonomi. Tetapi, dia mesti pergi ke sekolah agama kerana ibunya suruhnya untuk pergi ke situ dan menjadi seorang pemimpin agama.

Negeri 5 Menara Bab 1: Pesan dari Masa Silam

Aku tersenyum. Fikiranku terus terbang jauh ke kenangan lalu. Kenangan yang sangat kuat terpahat dalam hatiku.

Alif di Washington DC apabila dia menerima pesan daripada saudaranya dari Kaherah. Dia memberi tahu bahawa mereka sudah  menyuruh Raja untuk pergi ke London dan menjadi pemandu pelancong ke Trafalgar Square seperti dalam buku bahasa Inggeris mereka di kelas tiga. Kawan-kawan mereka juga sudah berkumpul. Alif berasa gembira selepas melihat pesanan dari saudaranya.

Monday, 18 February 2013

Video Kegemaran Saya

Saya suka video ini kerana ia sangat lucu. Orang yang membuat video ini juga membuat 2 video lain dengan 'Apple Parody'. Saya  fikir video ini sangat lucu kerana mereka menunjukkan 'Apple Maps' kurang tepat, walaupun saya tahu 'Apple Maps' tidak terlalu kurang tepat.

Thursday, 14 February 2013

Hari Pertahan Mutlak

Hari ini ialah 15 Februari. Di Singapura, ia juga Hari Pertahan Mutlak. Pada pukul 7.30 pagi, Naib Pengetua memberi ucapan sempena Hari Pertahan Mutlak sampai pukul 8 pagi. Semua pelajar sedang mendengar ucapan itu di kelas mereka. Ramai pelajar-pelajar terperanjat apabila kita mengetahui bahawa semua pelajar dan guru mesti makan bubur semasa waktu rehat. Bubur itu percuma. Guru-guru juga tidak boleh keluar sekolah untuk membeli makanan lain.

Semasa waktu rehat, semua orang sedang makan bubur. Kawan saya memberitahu saya bahawa dia tidak suka makan bubur itu walaupun dia makan buburnya dengan cepat. Saya melihat bahawa ada seorang pelajar yang mengambil terlalu banyak bubur. Walaupun bubur itu tidak rasa enak, semua orang masih makan bubur itu kerana kita berasa lapar. Tidak ramai orang membawa makanan mereka dari rumah.

Untungnya, kita boleh makan makanan lain semasa makan tengah hari di sekolah lagi. Selepas makan bubur itu, saya minum banyak air jadi saya tidak akan berasa lapar. Ada beberapa orang yang membeli minuman selepas makan bubur itu.