Hari ini ialah 15 Februari. Di Singapura, ia juga Hari Pertahan Mutlak. Pada pukul 7.30 pagi, Naib Pengetua memberi ucapan sempena Hari Pertahan Mutlak sampai pukul 8 pagi. Semua pelajar sedang mendengar ucapan itu di kelas mereka. Ramai pelajar-pelajar terperanjat apabila kita mengetahui bahawa semua pelajar dan guru mesti makan bubur semasa waktu rehat. Bubur itu percuma. Guru-guru juga tidak boleh keluar sekolah untuk membeli makanan lain.
Semasa waktu rehat, semua orang sedang makan bubur. Kawan saya memberitahu saya bahawa dia tidak suka makan bubur itu walaupun dia makan buburnya dengan cepat. Saya melihat bahawa ada seorang pelajar yang mengambil terlalu banyak bubur. Walaupun bubur itu tidak rasa enak, semua orang masih makan bubur itu kerana kita berasa lapar. Tidak ramai orang membawa makanan mereka dari rumah.
Untungnya, kita boleh makan makanan lain semasa makan tengah hari di sekolah lagi. Selepas makan bubur itu, saya minum banyak air jadi saya tidak akan berasa lapar. Ada beberapa orang yang membeli minuman selepas makan bubur itu.
No comments:
Post a Comment