Monday 4 March 2013

Negeri 5 Menara Bab 5: Man Jadda Wajada

"Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"

Man Jadda Wajada bermakna 'siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya'. dalam bahasa Arab. Itu ialah pelajaran pertama di PM untuk Alif. Selepas itu Alif dan kawan-kawannya pergi ke kelas mereka, 1A. Di situ Alif bertemu dengan seorang bernama Atang. Semua pelajar di dalam kelas itu mesti memperkenalkan mereka di hadapan kelas.

Negeri 5 Menara Bab 4: Kampung di Atas Kabut

Ayahku pulang sehari selepas pengumuman. Meninggalkan aku sendiri di tengah keramaian ini.

Alif bertemu dua orang bernama Raja dan Dulmajid dari Madura. Di PM, mereka ditunjuk oleh Ismail di PM. Di situ Alif juga mengetahui bahawa merka ada ujian untuk masuk PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi empat ratus yang akan diterima. Alif diberikan dua hari untuk belajar untuk ujian itu. Untungnya, Alif telah diterima untuk pergi ke PM.

Negeri 5 Menara Bab 3: Rapat Tikus

Lembar petualangan hidupku baru sahaja dibuka
Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas untuk pergi ke Pondok Madani (PM) selepas menerima surat daripada Pakcik Gindo bahawa waktu pendaftaran PM akan ditutup empat hari. Merekan akan menaiki bas itu selama tiga hari dan tiga malam. Di situ mereka bertemu Pak Sutan. Dia memberitahu mereka bahawa di Pondok Madani ada beberapa pelajar yang nakal. Alif berasa agak sedih selepas mendengar itu. Selepas itu mereka menaiki sebuah feri sebelum menaiki sebuah bas. Kemudian, mereka berada di Pondok Madani.