Thursday 31 January 2013

Peraduan Pesona Pantun 2013

Saya mesti membuat tiga pantun untuk Peraduan Pesona Pantun 2013. Ini ialah pantun-pantun saya sudah buat.


Pantun 1

Kakak saya membaca buku,
Tetapi abang suka bermain,
Seperti isi dengan kuku,
Mereka rapat walaupun lain.


Pantun 2

Ramai orang mempunyai ayah,
Dia kerja jadi kita tidak lapar,
Dia tidak mahu kalah,
Jadi kamu tinggal di rumah lebar.


Pantun 3

Hari itu hari yang panas,
Ada kerja rumah di buku tebal,
Tetapi saya rasa malas,
Saya juga rasa gatal.


Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah

Di sekolah rendah, kokurikular saya ialah 'Angklung'. Ia peralatan muzik. Tetapi, sekarang, saya tidak mahu pergi ke kokurikular muzik lagi. Saya mahu pergi ke kokurikular Perpustakaan kerana saya suka membaca buku dan boleh menulis karangan Bahasa Inggeris dengan baik di sekolah rendah. Saya meletakkan kokurikular Perpustakaan pilihan satu. Selepas beberapa hari, saya mengetahui bahawa kokurikular saya ialah Perpustakaan!:D

Pada hari Rabu, saya pergi ke perpustakaan di sekolah menengah saya. Ramai orang dari kelas saya juga mendapat kokurikular Perpustakaan. Di situ, kita ada pesta kerana itu hari yang pertama pelajar-pelajar dari menegah satu pergi ke kokurikular ini. Saya mengetahui nama-nama pelajar lain di kokurikular Perpustakaan dan bermain. Guru kokurikular itu juga memberitahu kepada pelajar menengah satu bahawa kita mesti pergi ke perpustakaan setiap hari Jumaat dan kita boleh memilih satu hari dari Isnin hingga Khamis untuk pergi ke perpustakaan. Saya rasa gembira untuk pergi ke kokurikular ini dan harap bahawa saya akan belajar sesuatu yang baharu dan mempunyai kawan yang baik.

Monday 28 January 2013

Watak dan Perwatakan

Semalam saya diajarkan Watak dan Perwatakan oleh Puan Ida.:)


Karangan Naratif: Buatkan tiga watak dan kembaykan perwatakannya:

1)Nadhilla - dia kakak saya. Dia sudah berumur 20 tahun. Dia seorang yang belajar bersungguh-sungguh dan suka menolong saya dan kawan-kawannya. Dia sering pergi keluar rumah untuk belajar dengan kawan-kawannya. Tetapi, dia juga berputus-asa apabila kerja rumahnya sangat susah. Dia suka mendengar muzik dan menonton televisyen. Dia juga sering tidur pada pukul 11 atau 12 malam kerana dia mesti melengkapkan kerja sekolahnya dan membaca buku teksnya.

2)Melly - dia ibu saya. Dia berumur 46 tahun. Dia selalu menolong saya apabila saya perlu pertolongan. Dia memasak, mencuci baju dan membersih rumah saya. Kakak saya dan saya menolongnya. Ibu saya selalu memastikan saya berbuat baik dalam ujian saya. Dia juga bangun pada pukul 6 pagi untuk membersihkan rumah saya.

3)Oka - dia ayah saya. Dia berumur 46 tahun seperti ibu saya. Dia bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Dia bekerja keras untuk keluarga saya. Kadang kali, dia akan pergi ke negara lain untuk kerjanya. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, keluarga saya makan luar dengannya kerana dia tidak mesti bekerja. Dia juga menolong saya kalau saya perlu pertolongan.



Tuesday 15 January 2013

Hari Pertama di Sekolah Menengah Xinmin

Pada jam tujuh pagi saya sudah berada di sekolah baru saya, Sekolah Menegah Xinmin. Saya berasa riang
untuk belajar di sekolah ini kerana kakak saya juga belajar di sekolah ini. Seperti pelajar-pelajar lain, saya
pergi ke dewan sekolah saya. Ada ramai pelajar-pelajar di situ. Seperti pelajar yang baru, saya tidak tahu mana kelas saya diletakkan. Untungnya, ada orang lain yang menolong saya untuk mencari kelas saya.Ramai pelajar-pelajar tidak tahu bagaimana kita bernyanyi lagu sekolah kita. Dua kawan saya dari sekolah rendah pergi ke sekolah ini juga.