Thursday 28 February 2013

Negeri 5 Menara Bab 2: Keputusan Setengah Hati

Bahkan sesungguhnya aku sendiri belum yakin betul dengan keputusan ini. Ini keputusan setengah hati.
Alif hendak mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Atas (SMA) yang terbaik di Bukittinggi. Dia juga sudah berjanji dengan kawan rapatnya, Randai, untuk sama-sama pergi mendaftar ke SMA. Tetapi, ibunya mahu Alif untuk pergi ke sekolah agama kerana dia mahu anaknya untuk menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Alif berasa sangat terperanjat mendengar itu.  Tetapi, dia mahu pergi ke SMA dan menjadi seperti Habibie dan tidak berbakat dengan ilmu agama. Ibu dan bapanya berbual tentang ini. Akhirnya, Alif mesti pergi ke sekolah agama.

Saya rasa kasihan kepada Alif kerana dia tidak akan menjadi jurutera atau ahli ekonomi. Tetapi, dia mesti pergi ke sekolah agama kerana ibunya suruhnya untuk pergi ke situ dan menjadi seorang pemimpin agama.

Negeri 5 Menara Bab 1: Pesan dari Masa Silam

Aku tersenyum. Fikiranku terus terbang jauh ke kenangan lalu. Kenangan yang sangat kuat terpahat dalam hatiku.

Alif di Washington DC apabila dia menerima pesan daripada saudaranya dari Kaherah. Dia memberi tahu bahawa mereka sudah  menyuruh Raja untuk pergi ke London dan menjadi pemandu pelancong ke Trafalgar Square seperti dalam buku bahasa Inggeris mereka di kelas tiga. Kawan-kawan mereka juga sudah berkumpul. Alif berasa gembira selepas melihat pesanan dari saudaranya.

Monday 18 February 2013

Video Kegemaran Saya

Saya suka video ini kerana ia sangat lucu. Orang yang membuat video ini juga membuat 2 video lain dengan 'Apple Parody'. Saya  fikir video ini sangat lucu kerana mereka menunjukkan 'Apple Maps' kurang tepat, walaupun saya tahu 'Apple Maps' tidak terlalu kurang tepat.

Thursday 14 February 2013

Hari Pertahan Mutlak

Hari ini ialah 15 Februari. Di Singapura, ia juga Hari Pertahan Mutlak. Pada pukul 7.30 pagi, Naib Pengetua memberi ucapan sempena Hari Pertahan Mutlak sampai pukul 8 pagi. Semua pelajar sedang mendengar ucapan itu di kelas mereka. Ramai pelajar-pelajar terperanjat apabila kita mengetahui bahawa semua pelajar dan guru mesti makan bubur semasa waktu rehat. Bubur itu percuma. Guru-guru juga tidak boleh keluar sekolah untuk membeli makanan lain.

Semasa waktu rehat, semua orang sedang makan bubur. Kawan saya memberitahu saya bahawa dia tidak suka makan bubur itu walaupun dia makan buburnya dengan cepat. Saya melihat bahawa ada seorang pelajar yang mengambil terlalu banyak bubur. Walaupun bubur itu tidak rasa enak, semua orang masih makan bubur itu kerana kita berasa lapar. Tidak ramai orang membawa makanan mereka dari rumah.

Untungnya, kita boleh makan makanan lain semasa makan tengah hari di sekolah lagi. Selepas makan bubur itu, saya minum banyak air jadi saya tidak akan berasa lapar. Ada beberapa orang yang membeli minuman selepas makan bubur itu.

Tuesday 12 February 2013

12/2/13

Saya bangun pada pukul 9.00 pagi. Ibu saya masak sarapan untuk saya. Keluarga saya pergi ke Wendy's untuk makan siang. Selepas itu saya melenkapkan semua kerja rumah saya dan bermain komputer sedikit. Kita makan malam di rumah. Ibu saya masak ayam goreng untuk kita. Pada malam saya bermain dengan iPad.

Monday 11 February 2013

11/2/13

Saya bangun pada pukul 7.30 pagi hari ini. Ibu saya masak sarapan untuk saya. Keluarga saya menonton televisyen hinnga makan tengah hari. Kita saya pergi keluar untuk makan tengah hari di 'Quiznos'. Selepas itu saya membuat kerja rumah sebelum bermain komputer. Kita pergi ke 'Mr. Teh Tarik' untuk makan malam.

Sunday 10 February 2013

10 Februari 2013

Pada pagi, keluarga saya pergi ke KFC untuk sarapan. Selepas itu, kita pulang ke rumah dan berehat di situ. Kita menonton televisyen selepas saya membuat kerja rumah. Kemudian, kita makan malam di rumah selepas saya berlatih bermain piano. Kita tidak pergi keluar selepas itu. Tetapi, saya menonton televisyen lagi kerana saya rasa bosan hari itu.

Saturday 9 February 2013

9 Februari 2013

Saya bangun pagi dan makan sarapan. Kemudian, saya bermain komputer hingga makan tengah hari. Selelpas itu, saya menonton pertunjukan televisyen 'Running Man' di Youtube :) Selepas itu, saya membuat kerja rumah hingga makan malam :( Keluarga saya pergi ke McDonald untuk makan malam. Saya membuat kerja rumah lagi sebelum saya tidur.

Friday 8 February 2013

Tahun Baru Cina, 8/2/2013

Pada pukul 7.20 pagi, saya pergi ke sekolah. Di situ, kita merayakan Tahun Baru Cina. Dua pelajar menjadi host untuk sambutan ini. Saya tidak tahu apa mereka berkata kerana mereka berbual dalam Bahasa Cina, :( Selepas itu, kelas saya pergi ke rumah orang lain untuk mengumpulkan surat khabar untuk 'Spring It Up'. Kelas saya mengumpulkan banyak surat khabar, baju, kertas lama, permainan dan banyak lagi. Kita menyusun surat khabar itu. Kemudian, kita pergi ke sekolah lagi untuk Tahun Baru Cina. Kelas saya memenangi posisi kedua untuk pertandingan kelas dekorasi :) Pada pukul 11.40, kita boleh pulang ke rumah.

Saya berehat di rumah saya. Ibu dan saya menunggu untuk ayah saya jadi kita boleh pergi keluar untuk makan bersama. Keluarga saya (kecuali kakak saya kerana dia makan bersama kawannya) pergi keluar ke 'Greenwich' untuk makan malam.