Saturday 27 June 2015

Gempa Bumi di Gunung Kinabalu

Pada hari Jumaat (Jun 5), gempa bumi berlaku di Sabah. Daripada 18 orang yang terbunuh di Gunung Kinabalu, 10 orang ialah pelajar dan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong. Orang lain yang pergi ke Gunung Kinabalu pulang ke Singapura, dengan ramai orang yang tercedera. Ramai ibu bapa pelajar yang terbunuh di Gunung Kinabalu bersedih hati atas kematian anak-anak mereka yang muda, dengan ramai anak yang berumur 12 hingga 13 tahun. Pada hari Isnin (Jun 8), bendera-bendera diterbangkan di setengah tiang sambil Singapura teringat atas mangsa kejadian ini dengan satu minit kesunyian.


Pada pendapat saya, tiada orang yang boleh mengelakkan kejadian sedih ini kerana tiada orang yang boleh tahu bahawa ada gempa bumi yang akan berlaku di Gunung Kinabalu. Pada pendapat penduduk di situ, kejadian ini dilakukan oleh "Aki" yang mungkin marah atas tindakan sekumpulan pelancong dari Eropah yang berbogel di puncak gunung, yang dipercayai sebagai kawasan suci. itu pada hari 31 Mei, enam hari sebelum kejadian gempa bumi di gunung sama. Walaupun tiada orang yang boleh tahu tentang gempa buni ini, ramai ibu bapa masih rasa kesal dengan mereka sendiri untuk mengizinkan anak mereka untuk pergi ke Gunung Kinabalu. Saya rasa bahawa ibu bapa ini tidak patut menyesal kerana kejadian ini tidak kesalahan mereka.



No comments:

Post a Comment