Thursday 31 January 2013

Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah

Di sekolah rendah, kokurikular saya ialah 'Angklung'. Ia peralatan muzik. Tetapi, sekarang, saya tidak mahu pergi ke kokurikular muzik lagi. Saya mahu pergi ke kokurikular Perpustakaan kerana saya suka membaca buku dan boleh menulis karangan Bahasa Inggeris dengan baik di sekolah rendah. Saya meletakkan kokurikular Perpustakaan pilihan satu. Selepas beberapa hari, saya mengetahui bahawa kokurikular saya ialah Perpustakaan!:D

Pada hari Rabu, saya pergi ke perpustakaan di sekolah menengah saya. Ramai orang dari kelas saya juga mendapat kokurikular Perpustakaan. Di situ, kita ada pesta kerana itu hari yang pertama pelajar-pelajar dari menegah satu pergi ke kokurikular ini. Saya mengetahui nama-nama pelajar lain di kokurikular Perpustakaan dan bermain. Guru kokurikular itu juga memberitahu kepada pelajar menengah satu bahawa kita mesti pergi ke perpustakaan setiap hari Jumaat dan kita boleh memilih satu hari dari Isnin hingga Khamis untuk pergi ke perpustakaan. Saya rasa gembira untuk pergi ke kokurikular ini dan harap bahawa saya akan belajar sesuatu yang baharu dan mempunyai kawan yang baik.

No comments:

Post a Comment