![]() |
| Mi Goreng |
Saturday, 31 August 2013
Makanan Tradisional Saya
Untuk masakan makanan tradisional saya, saya memilih mi goreng untuk masak. Saya memilih resipi ini kerana ia agak senang untuk buat dan saya juga suka makanan ini. Ibu saya menolong saya untuk membuat resipi ini. Ibu mengajar saya resipi ini dan dengan pertolongannya, saya berlatih di rumah dua kali. Saya mencuba untuk membuat resipi dengan lebih baik selepas setiap percubaan. Saya juga menulis resipi dan membawanya ke sekolah supaya saya tidak akan terlupa bagaimana untuk membuat resipi ini. Ada beberapa bahan-bahan yang digunakkan untuk resipi ini seperti mi, kicap, sosej, bawang-bawang dan telur.
Wednesday, 22 May 2013
Peperiksaan Pertengah Tahun 2013
Peperiksaan Pertengahan Tahun saya diadakaan daripada 6 hingga 16 Mei. Kertas Bahasa Melayu ialah kertas pertama dan kertas Sains ialah kertas terakhir. Saya sudah mendapat keputusan untuk peperiksaan ini. Ada beberapa subjek yang mendapat markah yang lebih baik daripada ujian pertama pada tahun ini. Matematik dan Geography saya masih A1 tetapi Sains saya jatuh dari A1 ke A2 kerana ia lebih susah daripada ujian pertama. Markah Home Economics lebih baik daripada ujian pertama. Daripada C6, saya dapat A2. Tetapi, saya lemah dalam Bahasa Melayu. Literature saya masih dapat B4.
Saya tidak berasa terlalu puas hati dengan keputusan saya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ini walaupun saya dapat A1 untuk Matematik dan Geography. Ada beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Literature dan Sains yang saya ingin membuat lebih baik untuk peperiksaan lain. Saya akan belajar lebih bersungguh-sungguh untuk membaiki subjek-subjek ini.
Saya tidak berasa terlalu puas hati dengan keputusan saya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ini walaupun saya dapat A1 untuk Matematik dan Geography. Ada beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Literature dan Sains yang saya ingin membuat lebih baik untuk peperiksaan lain. Saya akan belajar lebih bersungguh-sungguh untuk membaiki subjek-subjek ini.
Monday, 4 March 2013
Negeri 5 Menara Bab 5: Man Jadda Wajada
"Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"
Man Jadda Wajada bermakna 'siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya'. dalam bahasa Arab. Itu ialah pelajaran pertama di PM untuk Alif. Selepas itu Alif dan kawan-kawannya pergi ke kelas mereka, 1A. Di situ Alif bertemu dengan seorang bernama Atang. Semua pelajar di dalam kelas itu mesti memperkenalkan mereka di hadapan kelas.
Negeri 5 Menara Bab 4: Kampung di Atas Kabut
Ayahku pulang sehari selepas pengumuman. Meninggalkan aku sendiri di tengah keramaian ini.
Alif bertemu dua orang bernama Raja dan Dulmajid dari Madura. Di PM, mereka ditunjuk oleh Ismail di PM. Di situ Alif juga mengetahui bahawa merka ada ujian untuk masuk PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi empat ratus yang akan diterima. Alif diberikan dua hari untuk belajar untuk ujian itu. Untungnya, Alif telah diterima untuk pergi ke PM.
Negeri 5 Menara Bab 3: Rapat Tikus
Lembar petualangan hidupku baru sahaja dibukaAlif dan ayahnya menaiki sebuah bas untuk pergi ke Pondok Madani (PM) selepas menerima surat daripada Pakcik Gindo bahawa waktu pendaftaran PM akan ditutup empat hari. Merekan akan menaiki bas itu selama tiga hari dan tiga malam. Di situ mereka bertemu Pak Sutan. Dia memberitahu mereka bahawa di Pondok Madani ada beberapa pelajar yang nakal. Alif berasa agak sedih selepas mendengar itu. Selepas itu mereka menaiki sebuah feri sebelum menaiki sebuah bas. Kemudian, mereka berada di Pondok Madani.
Thursday, 28 February 2013
Negeri 5 Menara Bab 2: Keputusan Setengah Hati
Bahkan sesungguhnya aku sendiri belum yakin betul dengan keputusan ini. Ini keputusan setengah hati.Alif hendak mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Atas (SMA) yang terbaik di Bukittinggi. Dia juga sudah berjanji dengan kawan rapatnya, Randai, untuk sama-sama pergi mendaftar ke SMA. Tetapi, ibunya mahu Alif untuk pergi ke sekolah agama kerana dia mahu anaknya untuk menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Alif berasa sangat terperanjat mendengar itu. Tetapi, dia mahu pergi ke SMA dan menjadi seperti Habibie dan tidak berbakat dengan ilmu agama. Ibu dan bapanya berbual tentang ini. Akhirnya, Alif mesti pergi ke sekolah agama.
Saya rasa kasihan kepada Alif kerana dia tidak akan menjadi jurutera atau ahli ekonomi. Tetapi, dia mesti pergi ke sekolah agama kerana ibunya suruhnya untuk pergi ke situ dan menjadi seorang pemimpin agama.
Negeri 5 Menara Bab 1: Pesan dari Masa Silam
Aku tersenyum. Fikiranku terus terbang jauh ke kenangan lalu. Kenangan yang sangat kuat terpahat dalam hatiku.
Alif di Washington DC apabila dia menerima pesan daripada saudaranya dari Kaherah. Dia memberi tahu bahawa mereka sudah menyuruh Raja untuk pergi ke London dan menjadi pemandu pelancong ke Trafalgar Square seperti dalam buku bahasa Inggeris mereka di kelas tiga. Kawan-kawan mereka juga sudah berkumpul. Alif berasa gembira selepas melihat pesanan dari saudaranya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
