Saturday, 31 August 2013

Makanan Tradisional Saya

Untuk masakan makanan tradisional saya, saya memilih mi goreng untuk masak. Saya memilih resipi ini kerana ia agak senang untuk buat dan saya juga suka makanan ini. Ibu saya menolong saya untuk membuat resipi ini. Ibu mengajar saya resipi ini dan dengan pertolongannya, saya berlatih di rumah dua kali. Saya mencuba untuk membuat resipi dengan lebih baik selepas setiap percubaan. Saya juga menulis resipi dan membawanya ke sekolah supaya saya tidak akan terlupa bagaimana untuk membuat resipi ini. Ada beberapa bahan-bahan yang digunakkan untuk resipi ini seperti mi, kicap, sosej, bawang-bawang dan telur.

Mi Goreng